Cara Daftar Dan Kemaskini BR1M 2017 Menggunakan Smartphone

Cara Daftar Dan Kemaskini BR1M 2017 Menggunakan Smartphone - Bagi yang tak maklum lagi, laman web utama BR1M 2017 iaitu https://ebr1m.hasil.gov.my/ tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih seperti smartphone, iPad dan tablet. Jika laman laman web utama BR1M 2017 dibuka melalui smartphone dan peranti lain, satu mesej akan keluar mengatakan laman web tersebut tidak menyokong smartphone anda. Jadi, untuk permohonan baru atau kemas kini BR1M 2017, permohonan hanya boleh dibuat menggunakan komputer dan laptop sahaja. Tapi jangan risau, dalam artikel ini ada disediakan cara untuk daftar permohonan baru dan kemaskini permohonan BR1M 2017 dengan menggunakan smartphone jenis iPhone atau smartphone jenis android.

Cara Daftar Dan Kemaskini BR1M 2017 Menggunakan Smartphone


Boleh guna browser Chrome atau browser Firefox

1.Buka browser Chrome atau Firefox, pergi ke web BR1M. https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx. Jika baru nak memohon, pilih menu permohonan baru. Untuk kemaskini, pilih kemas kini permohonanan. Kemudian, akan keluar notis halangan menggunakan smartphone seperti di atas. Tekan ok.

Klik pada icon setting dan tick pada kotak Request
Desktop Site

2. Kemudian klik pada icon setting menu chrome (tiga titik di bucu kanan atas untuk menu).Tandakan pada kotak Request Desktop Site

Sekarang, anda daftar permohonan baru dan kemas kini
permohonan dengan guna smartphone je.

3. Kemudian, anda boleh pilih samada klik
pada Permohonan Baru jika anda penerima BR1M yang pertama kali atau klik pada Kemas Kini Permohonan jika anda ingin mengemaskini data.

Untuk permohonan baru, masukkan ic dan klik
hantar. Untuk kemaskini permohonan, masukkan ic dan
klik kemaskini permohonan.

4.Sekarang anda boleh lihat ruang No. Mykad seperti paparan desktop walaupun menggunakan smartphone. So, tunggu apa lagi, daftar dan kemaskini data peribadi anda untuk BR1M 2017 tanpa menggunakan laptop
atau komputer. Senang kan.

Khas untuk pengguna iPhone. Jika tak boleh masuk dengan panduan yang diberikan di atas, boleh tekan link yang admin bagi tu. Lepas tu, copy https://ebr1m.hasil.gov.my/ dan paste dekat google chrome. Kemudian, tekan bintik 3 atas belah kanan tekan request desktop site.

Credit to : NickNashram


Newest
Previous
Next Post »