Bisnes Jual Air Balang Tepi Jalan

Bisnes Jual Air Balang Tepi Jalan - Aku perhatikan makin ramai yang mula buat bisnes air balang. Maklum sajalah kos sara hidup sekarang ni makin meningkat. Ramai yang mula buat bisnes. Cuba korang tengok kat facebook makin ramai yang mula buat bisnes. Betul tak?

Kali ni aku nak cerita tentang bisnes air balang atau bisnes jual air. Sebenarnya bisnes air balang tak semestinya korang boleh buat tepi jalan. Korang jugak boleh buat kat pasar malam, pasar tani dan jugak bazar ramadhan.

bisnes jual air balang

Bisnes yang aku kira korang boleh buat asalkan korang ada minat. Kalau betul korang nak cuba buat bisnes air balang, aku memang galakkan korang buat tanpa keseorangan. Cari partner yang ada minat sama macam korang.

Korang boleh ajak adik beradik korang, kawan-kawan ataupun bini kesayangan korang. Jangan korang cari partner yang tak sebulu dengan korang sudah. Itupun kalau korang tak kuat untuk buat seseorang. Kalau korang ni jenis jiwa kental tu tak kisahlah.

Bisnes Jual Air Balang

Kat Malaysia bisnes air balang dah wujud sejak sekian lama dan tak pernah lapuk. Jadi itu salah satu kriteria yang korang boleh pilih. Kena buat bisnes yang kekal utuh. Bukannya macam MLM yang pada aku amat mengarut dan menyampah.

Untuk korang yang minat dengan bisnes air balang, aku galakkan korang cari modal terlebih dahulu. Jadi macam mana korang nak cari modal bisnes air balang?

Modal Bisnes Air Balang

Untuk menjalankan bisnes air korang perlu mengeluarkan modal untuk membeli peralatan seperti meja lipat, kanopi dan balang air.

1.Kaki Besi Meja Lipat & Papan Lapis Meja

Ukuran standard kaki besi adalah 6 kaki panjang dan 3 kaki lebar. Harganya di antara RM50 -RM70. Atau pun anda boleh beli kaki besi meja lipat yang lebih pendek iaitu 3 kaki panjang dan 3 kaki lebar jika hanya memerlukan meja yang kecil. Harganya pula lebih murah iaitu di antara RM25 - RM35.

Manakala papan lapis meja dijual dengan harga RM15 sekeping. Kelebihan membeli meja sebegini ialah ianya fleksibel, mudah dilipat, ringan dan boleh dimuatkan dalam kenderaan walau sekecil kereta kancil atau Viva. Memasangnya pun sangat mudah.

2. Kanopi

Kenapa kanopi? Tak boleh ke guna payung?

Bukan tak boleh tapi aku tak galakkan. Payung kurang stabil terutama sekali bila hujan lebat atau ribut. Jadi kalau korang ada bajet lebih aku sarankan korang beli Kanopi.

Beli kanopi jika ada bajet extravaganza. Kebanyakan peniaga pada masa kini sama ada di pasar malam atau pun bazar ramadhan menggunakan kanopi ketika berniaga. Nampak lebih cantik dan stabil. Harganya tak mahal..masih mampu dibeli.

Kanopi pula ada beberapa saiz antaranya :

Kanopi bersaiz 8 X 8 kaki

Harganya RM150. Sesuai untuk peniaga yang tak banyak barang jualan. Kanopi ini muat dimasukkan ke dalam kereta kancil atau viva.

Kanopi bersaiz 10 X 10

Harganya di antara RM190- RM250. Bezanya adalah kanopi yang lebih mahal, kainnya (bumbung kanopi)  lebih tebal dan tiang besi lebih kuat, tidak mudah patah dan berkualiti.  Kain kanopi jenis ‘MUTU' lebih tahan lama dan tidak mudah terkoyak.

3. Balang Air

Untuk menjual berbelas-belas balang air, maka korang perlulah membeli berbelas-belas balang air. Harga satu balang air adalah sekitar RM150, jika mahu beli 15 balang sekaligus, modal yang diperlukan untuk membeli balang sahaja sudah RM2,250.

Belum campur lagi barang-barang lain seperti meja & kanopi (pastinya, korang memerlukan meja dan kanopi yang lebih panjang). Sekurang-kurangnya, modal antara RM3-4 ribu diperlukan.

Inilah perkara asas yang korang mesti tahu tentang cara mulakan bisnes air balang kemudian barulah ke fasa seterusnya.

Untuk fasa yang seterusnya korang boleh baca dalam Panduan Bisnes Air Balang. Segala ilmu yang disampaikan adalah pengalaman sebenar penulis.

Jadi jika korang tercari-cari lebih banyak panduan atau cara nak mulakan bisnes air, sila rujuk Panduan Bisnes Air Balang.


Previous
Next Post »