Kenapa Kita Rasa Macam Pernah Sampai Ke Sesebuah Tempat Padahal Itu Kali Pertama

Kenapa Kita Rasa Macam Pernah Sampai Ke Sesebuah Tempat Padahal Itu Kali Pertama. Macam panjang pulak tajuk entri ni kan? Tapi tu lah yang aku nak tulis. Akhirnya aku dah jumpa jawapan tentang persoalan aku selama ni.

perjalanan hidup manusia

Persoalan ni mungkin pernah bermain di fikiran korang kan? Samalah dengan aku, persoalan ni muncul sejak aku kecil lagi. Pasti korang pernah alami situasi macam ni kan? Korang pergi sesebuah tempat tapi korang rasa macam pernah sampai ke tempat tu sebelum ni.

Padahal....tu kali pertama korang datang tempat tu tapi korang rasa pernah sampai sebelum ni.

Rasa Macam Pernah Sampai Ke Sesebuah Tempat Padahal Itu Kali Pertama


Tiap kali aku alami benda ni, aku selalu fikir kenapa ye macam pernah datang je tempat ni atau macam pernah alami je situasi ni. Akhirnya jawapannya dah aku jumpa itu pun dari perkongsian kat group whatsapp. Aku pun masih tertanya-tanya betul ke tidak kesahihan penjelasannya.

Adakah aku je yang baru tau sal ni. Ke orang lain dah lama tahu sal ni. Tapi takpe lah sekurang-kurangnya mereka yang belum tahu baca post aku ni dan share kat member-member dorang.

Ni jawapan yang aku dapat. Sebenarnya masa kat dalam janin atau semasa kita dalam kandungan perut ibu kita, kita telah diperlihatkan mengenai perjalanan hidup kita bermula dari kelahiran kita sehinggalah kepada kematian kita.

Oleh sebab itulah kita rasa macam pernah bermimpi sampai ke sesuatu tempat tu walaupun ianya kali pertama. Itulah hakikatnya.

Kesimpulannya, perjalanan hidup kita telah dipertontonkan sewaktu kita berada dalam perut ibu lagi. Hebatnya kuasa Allah SWT. Bayangkan dalam masa 9 bulan dalam perut ibu sudah cukup untuk memperlihatkan kepada kita segala tentang perjalanan hidup kita yang bakal kita lalui.

Harap-harap persoalan korang selama ni terjawab. Jadi bolehlah korang ceritakan atau kongsikan kepada kawan-kawan korang kat luar sana ye. Mereka pun duk tengah mengalami persoalan yang sama macam kita.

So..kongsi-kongsilah ye... :-)


Previous
Next Post »