Apa Khabar Masyarakat Blogger?

Bismillah..


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Ini entri pertama blog ini, macam-macam aku fikir apa yang aku nak tulis sebagai first entri blog ini.


Salam perkenalan dari aku blogger newbie. Aku tengok seronok je menulis blog tapi aku perlu sedar cabaran yang aku akan hadapi nanti adalah bila tak de idea nak menulis.


Tapi tak mengapa...


Aku cuba juga untuk menulis walaupun aku takde kepakaran menulis. Benda kalau dah selalu kita buat dan menjadi kebiasaan mudah-mudahan semakin ada peningkatan.


minum secawan kopi


Samalah dalam penulisan blog ini, mudah-mudahan skill penulisan aku kat blog ni bertambah baik. Lagipun aku memang nak jadikan blog ini sebagai tempat latihan untuk menulis.


Tak semua orang suka tulis blog, hanya yang rajin menulis sahaja boleh jadi blogger. Ingat senang ke nak publish entri.


So...blogger-blogger kat luar sana memang aku respect sebab mereka boleh menulis blog.


Tugas aku sekarang adalah menulis ikut jejak langkah mereka yang aku rasa boleh ikut. Biarlah blog ini nampak belum siap lagi dari segi susun atur layout dan sebagainya.


Sebab aku masih dalam proses memperkemaskan blog ini. Yang penting publish entri dulu. At least 5 hingga 10 entri dulu barulah sedap aku nak adjust sana sini susun atur blog ini.


Template mana agaknya yang kena dengan jiwa aku ni. Kalau korang ada nak suggest mana-mana template yang aku boleh pakai nanti gtau je kat ruangan komen kat bawah tu dan terima kasih aku ucapkan.


Akhir kata dari aku,


Salam perkenalan aku ucapkan kepada semua masyarakat blogger kat luar sana tu. Apa Khabar? Jemput minum kopi semua.



Oldest